BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 25, 2012

kisah si tudung labuh

Assalamualaikum w.b.t

salam ramadhan yang ke 5. eh kejap je dah masuk 5 hari. :D
malam ni teringin nak update blog. lepas ade 1 peristiwa. hee. peristiwa apa? tak yah la tau. biarlahh rahsiaa bak kata siti nurhaliza. hehe :D

ceritera bertudung labuh : TIDAK TERTUMPU kepada aliran agama sahaja. sesiapa boleh memakainya. dengan niat IKHLAS LILLAHITAALA =))

       " awk amik  kos agama? syariah ke? "

       " eh tak. sy ambik kos biasa2 je "

         " habis tuuu? aa mesti bahasa arab kan?? "

         " eh tak jugak. arab pun tergagap-gagap lagi "
                         
  " ohh. sy ingatkan ustazah td. sbb siap pakai stokin segala bagai"


                  *senyum kelip-kelip. tu je yang mampu. *  >.<


soalan-soalan macam ni selalu orang duk tanya bila nampak si pemakai bertudung labuh.
asal pakai tudung labuh je , dah digelar ustazah. dah digelar alim plus warak.
haishhhh. sy bukan lah ustazah. bukan jugak anak ustaz. tapi suami ustaz, ye kot. kekeke :D

sy bertudung labuh sebab sy seorang muslimah. =') ye , memang betul , ustazah memang selalu bertudung labuh. kerana apa? kerana ALLAH..=))
tapi tak salah kan kalau kita2 yang biasa ni pun bertudung labuh. sebagaimana firmanNYA :

  " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung mereka hingga menutupi dada" . An-Nur : 31

ada juga yang menyangka , bila bertudung labuh , maka alimnya seorang wanita. hakikatnya TAK semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu2 ukhrawi.

   " dah tu kenapa bertudung labuh ?? "

awak...Islam menyarankan bertudung labuh kerana penuh hikmah nya. ALLAH tak kan suruh kita buat something tanpa sebab yang musababkan? ALLAH sayangkan hamba-hambaNYA. kita je yang jauh untuk menilai. Allahurabbi :'(

tudung tu mampu mendidik kita sebagai pemakainya. percayalahhh :')

cuba kita bayangkan , ada ke gadis bertudung labuh pergi disco? ada ke yang brtudung labuh pergi parti-parti sosial?       *ada kalau gadis tu memang tak tau malu*
even yang bertudung biasa pun malu apatah lagi yang bertudung labuh kan? =))

bila jalan-jalan kat mana-mana ,jarang lelaki berani tegur. paling tidak pun , dorang tegur camni ,

 " Assalamualaikum ustazah. tak jawab dosa taw "

haa tengokk. yang nakal pun tiba-tiba jadi baik. sudah jadi fitrah , lelaki mudah tertarik dengan susuk tubuh yang menggoda , jalan lenggang lenggok , suara yang manja. sebab lelaki ada 1 nafsu je. ;)
tapi kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlak mereka.

               " awak..sy nak berubah jadi baik. boleh tak awk bantu sy? "

               " kenapa sy?? sebab sy bertudung labuh?? "

               " sebab sy tengok awk nampak alim je .. "

awk... awk kan lelaki. seharusnya awk cari mereka yang sama jantina untuk membantu awk. bukan sy.
sebab itu lebih terjaga dari fitnah. ramai lagi lelaki yang lebih alim drpd sy.

mungkin awk nampak sy alim. tapi hakikatnya , sy masih lagi banyak ilmu yang kurang. iman didada masih lagi tahap negatif. kalau ilmu sy kurang , macam mana sy mampu nak bantu awk?? ='(

ilmu itu cahaya. penunjuk kepada kebenaran. dengan ilmu je kita mampu keluar dari kepompong jahiliyah :')
saya wanita. saya perlu dibimbing. dan seharusnya bukan sy yang membimbing. dengar tu tau awk... ;')

penghujung kata , tak bermakna yang bertudung singkat itu kurang ilmunya. mungkin dia lebih banyak ilmunya dpd kita. cuma mungkin belum tergerak hati untuk bertudung seperti yang disyariatkan.

moga ALLAH redha.. =)



 *dear my future zauj , please guide me to jannah. may ALLAH bless untuk life kita di 'sana'. bahagia   dunia, bahagia akhirat. insyaALLAH. * sincerely - ur future zaujah . =))

4 comments: